Monday, 18 April 2011

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum

*Bismillahirrahmanirrahim*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wataala dengan limpah kurniaNya maka tertubuhlah sebuah blog untuk batch ini.

tujuan blog ini dibina adalah untuk memudahkan semua pihak yang terlibat untuk mengetahui update terbaru untuk program intensif ini.ia juga dibina untuk memberi ruang kepada ibu bapa untuk melihat perkembangan anak-anak dari segi kehadiran ke kelas, kehadiran dalam aktiviti akademik yang dijalankan, pencapaian dalam kuiz-kuiz yang disediakan, insyaAllah. di samping itu perkongsian ilmu juga boleh di muatkan dalam blog ini.

Pelajar yang terdiri daripada 20 orang ikhwah(pelajar lelaki) dan 15 orang akhawat(pelajar perempuan) insyaAllah akan bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain untuk sama-sama berjaya bukan sekadar dalam bidang akademik malah dalam bidang sahsiah juga insyaAllah.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Medic Mesir terutama Ummi Medic Mesir yang terlalu banyak memberi tunjuk ajar,nasihat,semangat dan sokongan yang tak berbelah bagi terhadap kami..dan tak mungkin dapat dilupakan,ahli keluarga terutama ayah dan bonda yang telah bersusah payah menghantar kami ke bumi barakah ini dengan harapan agar anak-anak yang disayangi ini bakal menjadi tabib dan tabibah muslim yang bukan sahaja arif dalam merawat pesakit malah dapat menjadi daie untuk membangunkan ummah insyaAllah.diharap doa dari keluarga di Malaysia tidak pernah putus buat kami.

sekian sahaja dahulu coretan dari papan kekunci ini. insyaAllah apabila ada kelapangan dan buah fikiran,bakal dicoret oleh kami semua Anak-anak second wave medic mesir 2010-2011 kuliyyah attib tanta university,egypt

Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).
Dari Jemari
Dr. Amirah Farhana binti Roslan
*al-intaahi* 

No comments:

Post a Comment