Friday 20 May 2011

hey hey you you !

QUIZ PHYSIOLOGY !!!!

ANS - chapter 1 until chapter 3
CVS - yang dah belajar
BLOOD - chapter erythrocytes
RESPIRATION - chapter 3 until chapter 5
MUSCLE AND NERVES - neuromuscular transmission until skeletal muscle


QUESTIONS divided into 3 PARTS
i. MCQ
ii. true or false
iii. fill in the blanks




nota kaki : MALAS IS NOT ATTRACTIVE !




bydrnurradziahismail

Thursday 5 May 2011

Ecstacy Zunub

بسم الله الرحمن الرحيم

Dosa...
Bila bercakap tentang dosa.
Semua menggeleng.
Tanda benci.
Tanda tak mahu buat.
Tapi,
mereka tetap buat.
Walau dilarang kawan,
ditegah ibubapa,
dimurka Allah,
hatta diri sendiri pun membencinya,
namun,
dosa itu,
tetap terbuat,
dek ketagih,
macam pil ecstasy.


Situasi 1     

Saya benci dosa.Saya dah banyak kali dah dengar ceramah pasal azab-azab Allah kalau buat dosa.Mase saye kecik,mak saya selalu pesan jangan mencuri.Ye..saye memang pantang mencuri mase tu.Sebab saye sayang mak saya.Mak dan ayah saye,didik saye dengan penuh kasih sayang sejak kecil lagi.Diajar iqra'.Diajar membaca quran.Saya sungguh maju di dalam kelas.Kelas yang penuh dengan rakan-rakan yang bercampur baur.

Ade yang dari macam-macam latar belakang.Segalanye bermula di sekolah yang bercampur itu.Aku mula terdedah dengan realiti.Ramai yang bersembang tentang mainan-mainan jepun,tentang kartun-kartun di TV dll.Pada awalnya,aku tidak mengerti itu,.Dek rasa ingin tahu yang tinggi.Langkahku kian selari dengan mereka.Pengaruh kian rancak.Dari rakan sebaya.Dari berjinak-jinak dengan mainan-mainan(digimon,pokemon,digivice dll) hinggalah ke alam maya yang canggih itu.

"heiy..tengok ni!!.."
"apa dia buat tu"
"eeei....x malu!"
??????-aku tertanya-tanya.
"apakah yang mereka lakukan? bergelak2 sambil tengok handset? ape yang lucu.?
Kuriositiku menganjak langkahku ke sana.
......
........................
ASTAGHFIRULLAH!!!!!!!
Aku yang suci itu.
Rase terhina.
Mataku!!! tidak..!
Lantasku ke masjid,
tanpa tolehan.
memohon istighfar...

Tekad!.Mahu menjauhinya.Selama mungkin.Namun,tidak semudah teori.Teoriku diuji realiti.Saban saat,Tv sebagai orang tengah.Menayangkan aksi-aksi tanpa segan silu.Yang dibuat-buat tidak tahu bahawa itu adalah dosa.Terbukti! rambut bukan lagi aurat dimata Malaysia.Kini, berdakapan antara 2 orang bukan mahram pun,bukan lagi apa-apa.Tiada apa-apa yang nak dibimbangkan bukan?Yang menjadi mangsa,adalah aku yang berjiwa muda.Sampai sekarang,sudah kali ke berapa taubat ini?
Berkali-kali dosa diulang,,berkali-kali jua taubat diulang..Sampai bila?aku kian ketagih!!! tapi aku tak mau ketagih sebelum aku mati! tolonglah aku.......!

Situasi  2       

Mak bapak aku memang keturunan jahat.Aku tak sekolah pun.Takde orang nak ambil tahu pasal aku.Entah sape la name bapak aku.Memang aku lahir dalam keadaan hina.HUH!Dah terumbang-ambing hidupku.Aku tak tahu apa itu dosa.Apa itu pahala.Macam same je kedua-dua tu..haha.Itu persepsi aku mase kecik.Hinggalah pada satu mase,aku terdengar ceramah dekat masjid secara x langsung.Owh.. itu rupanya dosa,ini rupanya pahala.Hahaha... lame2 aku makin minat dengar ceramah tu,terisi la jugak ilmu agame ku.Tapi..hidupku tak macam orang lain.Aku sudah bekerja,tanpa sijil SPM.

Kerja kedai makan,Jadi pembasuh pinggan.Seronokla jugak.Tapi...satu ketika,aku terpaksa berpindah.
"ha...Mat,mulai harini..ko kene pindah ke "xxxxxxx".Kat sini dah penuh da pekerja,,,dekat sane ade cawangan kedai aku yang sangat memerlukan ko,OK?"

Aku hanya mampu mengangguk,maklumlah ape yang mampu aku buat?.Sedih jugak meninggalkan masjid tu.Terpakse mis ceramah agama tu..isk2...Ku harap,dekat "xxxxxxxx" pun ade masjid yang punye cramah best.Hahaha...sebaliknye.Masjid xdepun yg berdekatan.Pusat karaoke ade la..Kebimbanganku pada mulanye makin pudar.Suasana disana dipenuhi pelacur-pelacur yang membingitkan mata."ARGHHH!!!!!" mengapa aku terus memandang dosa itu?Saban hari aku bekerja,saban itulah aku masih memandang,...Tidak!!! apakah aku sudah ketagih??

Situasi  3       

Aku dulu orang BADAR.Badan Dakwah dan Rohani sekolah.Petah berkata-kata.Masyi al-quran.Ulat buku-buku agama.Macam dalil telah ku hafal.Akulah yang bertanggungjawab menjaga struktur tarbiah pelajar-pelajar.Sampai satu saat,Aku tertonton berita hangat tentang skandal seks artis.Mula-mula aku mengkritik hebat.
"Apalah diorang nih!! xde akal ke?"
"takde keje betol!"
huh!
Entah kenape.Aku rase macam nak lebih tahu.Lalu disearch la via internet.Akhirnya,dari hati yang ingin tahu,menuju ke mata yang memandang seterusnye menuju ke syahwat yang rakus.Aku tewas!.Malu!.Selama ini diri inilah yang mencegah rakan-rakan supaya jangan buat itu,sedangkan diri inilah jua yang melakukan apa yang dilarang kepada orang lain.Aku telah menjadi fitnah buat islam.Lantas,inferioriti kompleks menawan diri.Kerana dosa-dosa lalu,kian tumbuh rasa putus asa pada rahmatNya.Paradigma insani enggan dilonjakkan dek dosa infiniti.Kini kukian hanyut diarusi ketagih dosa.

    Ubat ecstasy dosa   




        Setiap penyakit,ade ubatnya.Setiap ubat,ade metodnya.Kecuali mati
لكل داء دواء.Tentang ini,saya  bukanlah yang benar arif.Mungkin hanya setitik kolaborasi minda.Dari diri hina ini.Antaranya:-

1)Ikat ikatan mati.
    Inilah aqidah!.Ikatan kita dengan Allah.Ikatan yang mengikat kita dari tergelincir dibawa arus duniawi.Jika longgar ikatan ini,tak hairanlah jika selepas anda melakukan solat,maksiat itu berulang kembali.Kerna ikatannnya lemah.Justeru,mantapkan ikatan.Minta tunjuk ajar dari pakar.

2)Parstisipasi semua.
    Serius!.Tak mampu untuk melawan ketagihan itu keseorangan.Makin keseorangan,makin mudah dan makin termangkin nafsu ketagihan itu.Seseorang yang keseorangan ,peratus untuk dia melakukan maksiat adalah jauh lebih tinggi berbanding ramai.Lantaran sifat ihsan pada Allah yang masih longlai.Dalam keramaian sahabat-sahabiah seiman seaqidah,pastinya rasa segan itu datang.Minta partisipasi semua:-ayah,ibu,kakak,abang,adik,nenek,atuk,bapak sedare,kawan-kawan,guru,ustaz,naqib dll.Kerna anda x mampu melawannya keseorangan.Sekurang-kurangnya,minta nasihat mereka.Sebolehnya,minta pantauan dan ada orang yang sentiasa menemani kita antara mereka.

3)Kuantitikan  praktikal dari teorikal.
    Jangan banyak cakap bende-bende yang kita tak buat lagi.Sebaliknya banyakkanlah buat bende yang selama ini hanya keluar bersama air liur sahaja.
قال الله تعالى : ] يَا أَيُّهَا الَذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ * كَبُرَ مَقْتاً عِندَاللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ [ [سورة الصف : 2-3]


4)Istiqomah
    Ha....jangan sesekali tinggal mutaba'aah amal.Inilah perisai secara tak langsung.:-
     ~mathurat
    ~baca quran
    ~qiamullail at least sminggu sekali
    ~call parents at least seminggu sekali.
    ~puasa at least seminggu sekali
    ~sedekah
    ~solat jemaah 5 waktu
    ~solat sunat dhuha.
    ~dll..


Sesungguhnya,Rasulullah SAW menyukai mereka yang istiqomah,walaupun ibadah mereka sedikit daripada mereka yang melakukan ibadah yang banyak tapi hanya seketika sahaja.
WALLAHUA'LAM.
    
Mohon sahabat-sahabiah boleh berkongsi lagi metod solusi ketagihan ini pada ruangan komen~


Penutup~


Sebenarnya...tiada sapa pun yang inginkan dosa.Tiada siapa pun ingin menagihnya.Kerna semua mahukan syurga.Nikmat yang kekal.Bukan sementara.Namun,ujian Allah itu versatil,variasi dan fleksible.Menguji sejauh manakah keyakinan pada Allah.Tanda sayangNya.Andai kecundang,nah...rasalah nikmat duniawi yang sementara itu,untuk seksa neraka selamanya.Wal 'ia zubillah.

Petikan berita harian

Kerajaan setuju bekukan tawaran kursus baru perubatan IPT hingga 2016


2011/05/05

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar.
Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai.
"Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400)," katanya. 

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Institut Pembangunan Profesional-Universiti Terbuka Malaysia (IPD-OUM) dengan Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (PPBM) serta melancarkan program IPD-OUM dan PPBM di sini hari ini. 

IPD-OUM diwakili Naib Presiden Kanan OUM, Prof Dr Mansor Fadzil manakala PPBM diwakili presidennya Kwan Foh Kwai. 

Mohamed Khaled berkata, sehingga 31 Januari, terdapat sebanyak 33 IPT membabitkan 11 IPT Awam dan 22 IPT Swasta yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda. 
Katanya, walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah sebanyak 47 kursus kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada satu program. 

"Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (Indonesia) pada 2006 dan Allianze University College of Medical Sciences (ACMS) 2009," katanya. 

Katanya, daripada 33 IPT terbabit, 17 IPT diberi pengiktirafan membabitkan lapan IPT Awam dan sembilan IPT Swasta.

Sementara itu dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata, industri pada hari ini semakin berdaya saing dan memerlukan tenaga kerja berkemahiran yang mampu bersaing di peringkat tempatan serta antarabangsa. 

"Kerjasama antara OUM dan MBAM sudah tentulah akan meningkatkan kebolehpasaran petugas pembinaan yang dapat membantu melonjakkan pertumbuhan industri pembinaan," katanya. - BERNAMA 

Tuesday 3 May 2011

Markah Quiz pertama histology

Assalamualaikum..ini adalah markah keseluruhan kuiz histology..tahniah kepada yang berjaya..di harap Allah memberikekuatan untuk kita terus berusaha mencapai MUMTAZ..insyaAllah :)
kelik untuk membesar :)

sekian..wallahua'lam

Monday 2 May 2011

RESULT FIRST QUIZ ANATOMY


MARKAH QUIZ ANATOMY
Ahmad Afiz Bin Abdul Aziz
36
Ahmad Shakeer Bin Suhaimi
29
Anwar Wajdi Bin Toaneowee
27
Habib  Ahmad Irfan Bin Habib Danial

Khairul Faez Bin Zulkafli

Mahbub Bin Mubarak
32
Mohd Erham Bin Jonoh
23
Mohd Erwan Bin Jonoh
24
Mohd Fikri Bin Mohd Tahir
37
Mohd Haziq Farhan Bin Abdul Ghani

Muhamad Atha Bin Aisamuddin
31
Muhammad Abdullah Bin Suhaini
30
Muhammad Azman Bin Hamdan

Muhd Adnin Md Rashid

Muhd Aiman Bin Ali Fadzillah
33
Muhd Asyraf Bin Che Had
27
Muhd Shafiq Bin Tambalang
30
Zul Ariffin Helmi Bin Reduan
38
Muhsin Bin Rosli
32
Raja Syahir Bin Raja Mansor
26
Amirah Farhana Binti Roslan
21
Nur Amirah Syahirah Binti Amiar Rodin
29
Farah Hani Binti Abdul Wahid
17
Farhah Binti Samsul Kamal
39
Fariza Hazlin Binti Ramli
25
Noor Ameera Binti Rahmat
37
Nur Aqila Binti Roslin
20
Nur Farah Binti Mohd Shafi
34
Nur Radziah Binti Ismail
17
Nurul Farhani Binti Ahmad Hayani
29
Nurul Haifa Binti Mohd Hafidz
22
Nurul Shifa’ Binti Shahrulhisyam
23
Saidatul Hannah Adibah Binti Ahmad Taufix
23
Siti Rahmah Binti Haji Madali
27
Zaharah Binti Mohd Yusof
22


tahniah kepada yang dapat tinggi.tapi semua harus berusaha lebih lagi ye ;) selamat study :)
BiTaufiq WaNajjah ..InsyaAllah..amenn~

Friday 29 April 2011

Kenapa belajar MEDIC ???

bismillah..

alhamdulillah, sebanyak2 keyukuran hanya kepada Allah, Al - Malik buat seluruh alam..
selawat dan salam buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

tajuk entry ni adalah KENAPA??
buat student2 medic dan dentistry..
ada orang tanya..

p/s : ?? = tanda ni maksudnya orang yang bertanya..

?? : Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp: Sebab nak tolong orang
?? : jadi petani, nelayan, akauntan, ustazah, guru pun boleh tolong orang..

??: Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp : Sebab nak gaji banyak
?? : Kalau macam tu, jadi bisnesmen pun boleh gaji banyak

??: Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp : nak famous sebab kat depan nama ada panggilan DOKTOR
?? : kalau macam tu, jadi perdana menteri pun boleh famous, tak yah ada DOKTOR pun tak pe

??: Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp : sebab dapatt result spm ok, dan ramai orang result ok amek medik
?? : kalau sebab result spm ok, jurusan lain pun boleh amek..

??: Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp: Nak dapat gelaran doktor
?? : ambil jurusan lain, belajar sampai PhD pun boleh dapat gelaran doktor

?? : Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp: nanti nak hidup senang bila dah tua
?? : Nelayan pun hidup dengan tenang dan senang bila dah tua

?? : Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp: sebab nak naikkan Islam di mata dunia
?? : Dah ramai orang Islam yang belajar ,, Islam tak naik pun


Kenapa anda dan saya mengambil jurusan ini??

sedangkan jahiliyyah bertepuk gumbira sebab ramai2 orang Islam mengambil jurusan ini..
sebabnya.. makin ramai orang2 Islam yang bijak pandai mengambil medik dan jurusan yang seangkatan dengannya, semakin kurang orang2 Islam yang cerdik pandai mengambil jurusan yang berkait langsung dengan Islam(Syariah, Bahasa Arab,sejarah, sains sosial, dll).. yang membolehkan orang Islam sendiri memahami Islam ini ..


dan Hasilnya, semakin kurang orang2 Islam yang memahami hakikat sebenar agama ini.. orang Islam tidak menjadikan DEEN sebagai cara hidupnya.. dan Islam kini hanya pada nama..

pekerjaan ini tidak ada apa2 nilai disisi Allah jika tujuannya hanya untuk kepentingan duniawi tanpa dikembalikan urusannya kepada Allah..

kalau betul kita mahu jadikan pekerjaan ini untuk menarik manusia ke jalan Allah,
pelajari, fahami dan amalkan Islam.. jangan jadikan alasan dengan kesibukan belajar medic dan dentistry menghalang kita untuk faham dan amalkan Islam ini..

yang akan Allah tanya..
Ubudiyyah kita kepada Allah, bukan pekerjaan kita di dunia..

jadilah MUSLIM YANG BELAJAR.. (^_^).

tajdid niat selalu, jangan lupa sunnatullah sebagai seorang pelajar..

salam..

Saturday 23 April 2011

anatomy

Assalamualaikum, :)
tutorial anatomy sudah diedarkan.harap semua dapat memanfaatkan segala isinya untuk dibincangkan nanti,
.klik untuk tengok lagi jelas.
buat taw..jgn xbuat plak.. :)

salam ukhuwah dari anatomy assistant, :)