Friday 29 April 2011

Kenapa belajar MEDIC ???

bismillah..

alhamdulillah, sebanyak2 keyukuran hanya kepada Allah, Al - Malik buat seluruh alam..
selawat dan salam buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

tajuk entry ni adalah KENAPA??
buat student2 medic dan dentistry..
ada orang tanya..

p/s : ?? = tanda ni maksudnya orang yang bertanya..

?? : Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp: Sebab nak tolong orang
?? : jadi petani, nelayan, akauntan, ustazah, guru pun boleh tolong orang..

??: Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp : Sebab nak gaji banyak
?? : Kalau macam tu, jadi bisnesmen pun boleh gaji banyak

??: Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp : nak famous sebab kat depan nama ada panggilan DOKTOR
?? : kalau macam tu, jadi perdana menteri pun boleh famous, tak yah ada DOKTOR pun tak pe

??: Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp : sebab dapatt result spm ok, dan ramai orang result ok amek medik
?? : kalau sebab result spm ok, jurusan lain pun boleh amek..

??: Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp: Nak dapat gelaran doktor
?? : ambil jurusan lain, belajar sampai PhD pun boleh dapat gelaran doktor

?? : Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp: nanti nak hidup senang bila dah tua
?? : Nelayan pun hidup dengan tenang dan senang bila dah tua

?? : Kenapa belajar medic/dentistry??
Jwp: sebab nak naikkan Islam di mata dunia
?? : Dah ramai orang Islam yang belajar ,, Islam tak naik pun


Kenapa anda dan saya mengambil jurusan ini??

sedangkan jahiliyyah bertepuk gumbira sebab ramai2 orang Islam mengambil jurusan ini..
sebabnya.. makin ramai orang2 Islam yang bijak pandai mengambil medik dan jurusan yang seangkatan dengannya, semakin kurang orang2 Islam yang cerdik pandai mengambil jurusan yang berkait langsung dengan Islam(Syariah, Bahasa Arab,sejarah, sains sosial, dll).. yang membolehkan orang Islam sendiri memahami Islam ini ..


dan Hasilnya, semakin kurang orang2 Islam yang memahami hakikat sebenar agama ini.. orang Islam tidak menjadikan DEEN sebagai cara hidupnya.. dan Islam kini hanya pada nama..

pekerjaan ini tidak ada apa2 nilai disisi Allah jika tujuannya hanya untuk kepentingan duniawi tanpa dikembalikan urusannya kepada Allah..

kalau betul kita mahu jadikan pekerjaan ini untuk menarik manusia ke jalan Allah,
pelajari, fahami dan amalkan Islam.. jangan jadikan alasan dengan kesibukan belajar medic dan dentistry menghalang kita untuk faham dan amalkan Islam ini..

yang akan Allah tanya..
Ubudiyyah kita kepada Allah, bukan pekerjaan kita di dunia..

jadilah MUSLIM YANG BELAJAR.. (^_^).

tajdid niat selalu, jangan lupa sunnatullah sebagai seorang pelajar..

salam..

Saturday 23 April 2011

anatomy

Assalamualaikum, :)
tutorial anatomy sudah diedarkan.harap semua dapat memanfaatkan segala isinya untuk dibincangkan nanti,
.klik untuk tengok lagi jelas.
buat taw..jgn xbuat plak.. :)

salam ukhuwah dari anatomy assistant, :)

Kedatangan untuk minggu ini

Klik untuk membesarkan gambar :)

Sekian.

Friday 22 April 2011

Jadual Baru

klik gambar untuk membesar

harap dapat ambil maklum..
insyaAllah..

dari jemari
Dr. Amirah Farhana Roslan

Monday 18 April 2011

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum

*Bismillahirrahmanirrahim*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wataala dengan limpah kurniaNya maka tertubuhlah sebuah blog untuk batch ini.

tujuan blog ini dibina adalah untuk memudahkan semua pihak yang terlibat untuk mengetahui update terbaru untuk program intensif ini.ia juga dibina untuk memberi ruang kepada ibu bapa untuk melihat perkembangan anak-anak dari segi kehadiran ke kelas, kehadiran dalam aktiviti akademik yang dijalankan, pencapaian dalam kuiz-kuiz yang disediakan, insyaAllah. di samping itu perkongsian ilmu juga boleh di muatkan dalam blog ini.

Pelajar yang terdiri daripada 20 orang ikhwah(pelajar lelaki) dan 15 orang akhawat(pelajar perempuan) insyaAllah akan bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain untuk sama-sama berjaya bukan sekadar dalam bidang akademik malah dalam bidang sahsiah juga insyaAllah.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Medic Mesir terutama Ummi Medic Mesir yang terlalu banyak memberi tunjuk ajar,nasihat,semangat dan sokongan yang tak berbelah bagi terhadap kami..dan tak mungkin dapat dilupakan,ahli keluarga terutama ayah dan bonda yang telah bersusah payah menghantar kami ke bumi barakah ini dengan harapan agar anak-anak yang disayangi ini bakal menjadi tabib dan tabibah muslim yang bukan sahaja arif dalam merawat pesakit malah dapat menjadi daie untuk membangunkan ummah insyaAllah.diharap doa dari keluarga di Malaysia tidak pernah putus buat kami.

sekian sahaja dahulu coretan dari papan kekunci ini. insyaAllah apabila ada kelapangan dan buah fikiran,bakal dicoret oleh kami semua Anak-anak second wave medic mesir 2010-2011 kuliyyah attib tanta university,egypt

Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).
Dari Jemari
Dr. Amirah Farhana binti Roslan
*al-intaahi*